Assalamualaikum dan hii everyonee ;) Mcm ada readers pula kan? Sokay, ada ke takde lantak la. Memang aku syok sendiri pun. Takde bende nak cerita sebenarnya. Just nak cerita pasal aktiviti daripada pukul 4 pagi sampai la 11 tengahari tadi (21/12/12)  Bende tak dirancang, akhirnya jadi juga. Haritu rancang tak jadi. Hm yg tak dirancang boleh jadi pula kan? Selalu mcm tu. Aktiviti mendaki bukit broga. Mcm tak percaya je pergi. Dgn naik motornya lagi. Nak naik kereta pemandunya kereta takde. So terpaksa naik motor. First time. Pengalaman yg pertama. Naik motor keluar pukul 5 mcm tu. Dgn jalan yg gelap. Hutan kiri kanan. Hanya allah je yg tahu mcm mana takutnya time tu. Tapi nasib baik bukan aku yg bawa motor. Alhamdullilah selamat sampai dalam pukul 6lebih mcm tu.


Mula mula time pergi tu takde la pk sgt kena lalui hutan nak daki bukit tu. Last last sampai sana, aku tengok ada berapa biji kereta n motor. Hutan, gelap. Masing masing tak bawa torchlight. Terpaksa berlampukan handset memasing. Dgn gelapnya lagi, jalan tak betul. YaAllah, nasib ada bebudak ni. Mula mula semangat daki, bila sampai atas sikit je dah penat tapi belum sampai puncak lagi sebenarnya. Sampai atas, boleh tahan la ramai org ;) Rehat rehat. Dah rasa semangat balik baru daki ke puncak. Mmg syok habis





Naik atas apa lagi, bergambar. Lepak lepak. Nikmati permandangan yg indah. Dah puas semuanya. Dalam pukul  8 mcm tu start gerak turun bukit. Turun mmg payah. Dgn tanah tak betul, batu besar kecik lagi. Haiyaa.Aku perempuan kena la hati hati. Budak laki rilex je. Aku dgn fami ketinggalan kebelakang. kesian ya nyah. Haha. Pape pun mmg enjoy. Even penat, rasa nak pitam. Takpe, nak ada pengalaman kan, layankan je ;) Seronok sgt!

Gerak dari bukit broga nak ke jeramtoi dalam pukul 9lebih mcm tu. Sampai sana tah tak ingat. Yg pasti sampai rumah tepat tepat pukul 11.Kat jeram tak berapa nak best sgt. Sumpah taknak pergi lagi. Air sejuk lepastu ee berlumut. Dgn tandas takde lampu, kotor lagi. YaAllah terpaksa semuanya. Gastrik melanda time tu. Siap siap terus balik. Sampai rumah, kemas kemas terus makan ubat then tertidur. 

Kesimpulannya, seronok mmg seronok. Sbb aku buat aktiviti yg aku tak pernah buat. Thanks kpd fahmi n the geng bawa aku pergi sana. Sementara cuti ni baik kita cuti je puas puas. Next year dah takde cuti cuti. Cakap pasal cuti pun agaknya susah. Sebab dah spm :)Okay la, stop sini jela. Next time update lagi ;-*

Lot's of love,
Denomrerena.